INFORMASI TERKINI

Monday, 23 March 2015

GAMBAR CUCU ALMARHUM SULTAN AZLAN SHAH YANG CANTIK JELITA


GAMBAR 2 CUCU ALMARHUM SULTAN AZLAN SHAH YANG JELITA TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL | Gambar cucu kepada Almarhum Sultan Azlan Shah Y.M. Raja Eminah Alliyah dan Y.M. Raja Bainunisa Safia tersebar di laman sosial Facebook.

Wajah dua puteri 'mix blood' ini adalah anak kepada arwah Raja Ashman yang mangkat pada 2012.

Namun, difahamkan gambar ini bukanlah gambar yang terkini. Tetapi wajah mereka sememangnya cantik menawan.

Kesan tersebarnya gambar itu, ada sesetengah pengguna Facebook (lelaki) yang mengakui mereka terbayang-bayangkan wajah dua puteri ini ketika solat.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan jodoh mereka sudah sampai tatkala melihat gambar dua puteri jelita ini.

Gambar Guru Kahwin Dengan Anak Murid Jadi Viral

Betul kata pepatah yang cinta memang tidak kenal usia, ini terbukti dengan tersebarnya sekeping gambar seorang guru bertemu jodoh dengan anak muridnya sendiri.
Begitulah pasangan pengantin baru ini yang telah mencuri perhatian netizen apabila gambar perkahwinan mereka dimuat naik dilaman sosial Facebook.
Sebenarnya, boleh dikatakan gadis yang berkahwin dengan lelaki lebih berusia bukanlah perkara luar biasa. Namun, cerita di sebalik kisah pengantin ini yang menarik perhatian ramai.
Rupa-rupanya, pengantin lelaki merupakan guru kepada isterinya dahulu.
Meskipun ramai yang mempersoalkan pasangan ini namun harus diingat, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Ilahi.
Mereka pun dah selamat bergelar suami isteri..semoga berbahagia diucapkan.
Apapun jodoh pertemuan di tangan Allah, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan untuk anda berdua.
11071520_810426645709904_6813551413997483561_n11074590_810426679043234_3898078027874709172_n
sumber : MYNEWSHUB.CC

Saturday, 21 March 2015

10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung

Setelah mengambil keputusan untuk berhijab nampaknya Elfira Loy Semakin Manis Berhijab. Apa yang pasti tentu ramai peminat Elfira Loy diluar sana yang gembira dengan perubahan ini. Selain bertudung, Elfira juga dilihat begitu teliti memilih pakaian agar bersesuaian dengan imej barunya. Tiada baju ketat mahupun fesyen yang tidak masuk akal. Alhamdulillah semakin ramai artis kita yang sudah berhijab. Tahniah buat Elfira Loy!!
Bercakap tentang Baim Wong yang dianggap ramai sebagai kekasihnya, Elfira Loy mengakui yang lelaki tersebut berniat untuk memperisterikannya dan “Elfira Loy Akui Baim Wong Sedia Untuk Kahwin”.
“Jika saya ini lelaki, barangkali saya boleh cakap lebih. Tapi saya hanya perempuan yang molek berdiam diri. Itu yang sepatutnya. Cuma sebelum ini apabila saya tidak mahu hal ini dicetuskan spekulasi, saya bersuara dan mengeluarkan kenyataan.
“Biar mungkin orang melihat hubungan kami seperti di tahap bercinta, saya boleh katakan dia hanya sekadar kawan rapat saja pada tahap sekarang. Saya ini memang jenis manusia dan wanita yang susah nak bercinta sebenarnya.
“Mungkin orang agak saya ini konservatif. Tak kisahlah. Tapi saya lihat dia (Baim) ini nak kenal saya melalui keluarga terutama ibu. Saya sedar dia ada niat baik untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Tetapi sejauh mana itu, semua ketentuan dan rezeki-Nya.” Kata Elfira Loy.
Untuk pengetahuan semua, Baim Wong sanggup terbang dari Indonesia untuk menyambut hari lahir Elfira Loy yang ke-21 baru-baru ini. Pastinya itu tanda kesungguhan daripada pelakon kacak tersebut. Insya Allah kita doakan agar mereka berdua dipermudahkan jodoh. Kalau dah tertulis, pasti akan berkahwin jua.
10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung
10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung
10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung
10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung
10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung
10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung
10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung
10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung
10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung
10 Foto Elfira Loy Yang Semakin Ayu Bertudung

Siti Nurhaliza Bakal Keluarkan Produk Pemakanan Tambahan?

Primadona tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza mengakui semakin meningkat umur, kesan penuaan semakin terasa terutama kekuatan atau energi pada diri sendiri. Dirinya kini yang berusia 36 tahun mulai mesra dengan pengambilan produk pemakanan tambahan serta vitamin bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan diri.
“Selain itu saya juga ada amalkan pengambilan makanan berasaskan al-Quran, kerana saya pasti kalau sesejenis makanan itu menjadi makanan kegemaran Rasulullah semestinya ada kebaikan yang kita tak tahu.
“Sebenarnya kecenderungan saya sendiri dalam pemakanan kesihatan memberikan idea untuk mengeluarkan produk sedemikian di atas jenama Simplysiti pada masa akan datang,” ujar Siti.
Siti Nurhaliza Bakal Keluarkan Produk Pemakanan Tambahan
Siti Nurhaliza berhajat keluarkan produk kesihatan untuk Simplysiti
Nampaknya tak lama lagi bakal keluar produk baru la dari Datuk Siti kita ni, ahaks.Semoga apa yang dihajati bakal menjadi kenyataan.

5 Gambar Sangat Mesra Uqasha Senrose Dan Kekasih Baru Anak Hartawan Cetus Kontrovesi







Anda masih ingat lagi spekulasi sebelum ini yang mendakwa Uqasha Senrose rapat dengan serorang anak hartawan malah turut dirisik oleh individu tersebut serta menyifatkan perkara tersebut sebagai mengarut.

Menurut sumber melalui emel yang kami terima mendakwa, kekasih baru pelakon itu dikenali sebagai Ben Ali, serorang usahawan dan juga pelakon baru juga dipercayai punca beliau putus dengan Syafiq Kyle. Amboi, putus terus.



Melihatkan kepada beberapa gambar kiriman daripada akaun Instagram lelaki berkenaan, terdapat satu gambar daripada belakang, berkemungkinan juga Uqasha, berjalan berdua-duaan dengan jejaka berkenaan. Berkemungkinan ya atau mungkin juga teman rapat, bukan?

Rotikaya






Luahan Hati Bapa Gadis BFM Yang Hina Dan Persendakan Hukum Hudud



Tindakan seorang gadis pengacara radio BFM diarahkan mengikut skrip mempersendakan hukum hudud di Kelantan sehingga diancam bunuh, bakar & r0g0l, gadis itu kini hidup dalam ketakutan.


Luahan Hati Bapa Gadis BFM Yang Hina Dan Persendakan Hukum Hudud


===========
Anda ada parut? Bekas jerawat? Parut luka? Stretchmarks?
Kami ada penyelesaiannya ---> http://goo.gl/0tHRJO



Kesal dengan reaksi orang ramai itu, bapa kepada Aisyah meluahkan rasa tidak puas hatinya yang menganggap Malaysia sudah tidak selamat lagi untuk anak-anak dia.

Baca luahan hati beliau di bawah:-

"Insiden terbaru tentang pembaca berita BFM diancam bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup oleh mereka yang saya anggap sebagai warga maya Melayu-Islam menimbulkan persoalan yang serius bagi negara ini. Adakah negara ini selamat untuk dihuni oleh anak-anak kita?

Sekiranya membangkitkan pandangan yang mudah terhadap isu seperti hudud atau isu seperti demokrasi dan pilihan raya yang bersih, boleh mencetuskan ancaman bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup, maka apa maksudnya terhadap negara kita, rakyat dan kepimpinan kita? Di mana budaya ini datang?

Saya perhatikan bahawa mereka yang membuat ancaman seperti ini datang dari kebanyakannya orang Melayu yang saya anggap adalah Muslim. Di manakah kita, sebagai sebuah negara, telah melakukan kesilapan dalam mendidik orang Melayu ini? Apa yang kita ajar di sekolah menengah kita?

Lebih penting lagi adakah universiti awam kita menghasilkan mereka dengan budaya seperti itu? Saya secara jujur berharap mereka yang membuat ancaman itu tidak pernah menjejakkan kaki di universiti awam kita kerana jika tidak, saya ingin bertanya para naib canselor, jenis rakyat Melayu Malaysia apakah yang anda hasilkan?

Ya, mereka boleh diterima sebagai jurutera dan arkitek tetapi mereka hampir tidak boleh diterima sebagai warganegara Malaysia, atau orang Islam atau lebih teruk lagi, sebagai manusia dengan hati nurani yang berperikemanusiaan? Apa sudah jadi?

Saya ke masjid dan mendengar ribuan ceramah di YouTube oleh mereka yang dipanggil ustaz ternama dan saya tahu bahawa pemahaman mereka tentang Islam menjadi penyumbang utama kepada jenis-jenis komen yang dibuat oleh warga muda maya ini.

Walaupun saya berasa marah kepada warga maya yang telah membuat ancaman seperti itu, seolah-olah filem 'Terminator' yang memberondong orang dengan mesingan besar, tetapi saya bersedia memaafkan mereka kerana saya tahu masyarakat telah mewujudkan budaya tersebut.

Ketika Nabi Muhammad berdepan dengan penindasan terhadap orang muda dari Taif sehingga tubuhnya berlumuran darah, beliau berdiri di depan malaikat Jibril dengan tentera dari syurga yang bersedia untuk menghapuskan penduduk Taif, beliau berkata, "Tidak, jangan apa-apakan orang-orang ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan".

Mungkin generasi akan datang boleh terima mesej saya jika orang-orang ini tidak boleh menerimanya pada masa ini.

Rasulullah berhati mulia untuk mengampuni orang-orang ini kerana beliau tahu mereka yang melemparkan batu adalah remaja dan anak muda yang dipengaruhi oleh golongan tua mereka.

Saya takut, ulama kita mungkin mengajar jenama Islam yang amat jauh daripada contoh teladan mulia Rasulullah sendiri.

Dengan kejadian ini, saya bertanya sekali lagi kepada rakyat Malaysia... selamatkah kita untuk membesarkan anak-anak kita di negara ini? Jika tidak, perlukah kita mula mencari tempat lain dan mewujudkan tempat yang lebih selamat untuk membolehkan anak-anak kita mempunyai masa depan?

Saya menulis semua ini dengan hati yang berat. Saya menulis kata-kata ini sebagai warga Malaysia yang prihatin dan sebagai orang Islam demi semua anak-anak kita. Dan akhirnya, saya menulis semua ini sebagai bapa kepada Aisyah Mohd Tajuddin, gadis BFM itu."

Sumber : Thehypemedia

IBU PANGKU BAYI SEMASA MEMANDU DIKRITIK




Gambar seorang wanita meletakkan bayinya dipangkuan ketika sedang memandu kereta tersebar meluas di laman sosial.


Gambar itu dimuat naik di laman Facebooknya bagi menyindir sesetengah pihak yang kerap berselisih pendapat mengenai cara-cara menjaga bayi/anak masing-masing.





Baby manja
Mesti ada yang nak gatal tangan nak komen "Eee bahaya lah... Kena letak dalam carseat!"
Ahhhhh shadap uols muahahahahah!


Memang tepat sangkaan si ibu berkenaan apabila ada rakan Facebook yang menegur perbuatannya itu amat bahaya. Bagaimanapun, jawapan balas dari wanita itu juga agak mengejutkan.





"Kalau awak baca komen2 saya dekat sini, dah bgtau yg saya tak suka biar anak menangis. Rimas, lagi huru hara nak driving. And budak kalau dah biasa nangis kita buat taktau je nanti dia memberontak and dia ingat nangis tu perkara biasa je nak nangis nak mengamuk ikut suka hati dia. Lain org, lain caranya. Kalau awak suka dgr anak awak melalak, but not me. Yes memang bahaya tapi i know best for me and for everyone too. Kalau anak mula meragam (so far tak pernah), inshaa Allah saya akan slowly bagi signal dan berhenti tepi jalan sampai anak boleh calm down balik. Thank you,"


Benar kata si ibu berkenaan, lain orang, lainlah cara mereka menjaga anak masing-masing. Atas satu matlamat yang sama, semua ibu mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.


Akan tetapi, aspek keselamatan perlu lebih diutamakan lebih-lebih lagi melibatkan nyawa anak yang kita sayang. 


Penggunaan kerusi keselamatan atau Carseat itu adalah amat penting bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin lebih-lebih lagi apabila pemandu terpaksa menekan brek kecemasan untuk mengelak sebarang objek di hadapan semasa memandu.


Kerusi keselamatan yang dikunci menggunakan tali pinggang keledar itu dapat mengelakkan anak-anak dari tercampak ke bahagian belakang yang mana akan menyebabkan mereka tercedera.


Berbalik kepada masalah si ibu di atas, persoalan kami hanya satu, 


"Awak nak dengar si kecil menangis sepanjang perjalanan atau awak takkan dengar si kecil menangis lagi buat selama-lamanya?"


Demi keselamatan si kecil, gunakanlah kerusi keselamatan bayi. Berbeza pendapat sekali pun, usahlah melenting apabila ditegur. Mereka menegur kerana sifat sayang sesama manusia itu masih ada di dalam diri.

Baca lebih lengkap : The Hype Media

Kerana Viral Maklumat Seorang Bikers Berjaya Didedahkan Oleh Orang Ramai




Semalam netizen dikejutkan dengan penyebaran video seorang bikers yang bertindak meludah seorang pekerja Petronas yang menegurnya untuk mengalihkan superbike yang menghalang kenderaan lain. 


BACA: BIKERS LUDAH PEKERJA PETRONAS (Kredit by Thehypermedia)


Ekoran dari penyebaran itu, ramai yang tampil mencari maklumat lelaki itu dan segala maklumat yang berkaitan turut didedahkan seperti nombor kad pengenalan, nama sebenar, alamat rumah dan maklumat lain yang berkaitan.


Facebook lelaki itu juga dipercayai telah diserang oleh orang awam yang geram serta marah dengan tindakan biadabnya itu. 


Bimbang dengan keselamatan diri dan enggan memanjangkan cerita, lelaki itu tampil di stesen yang sama dan meminta maaf dengan pekerja Petronas yang menjadi mangsa ludahnya. 


Alhamdulillah, kami turut gembira mendengar berita kedua-duanya telah berdamai dan berharap tiada lagi kejadian seumpamaan ini berlaku. 


Moralnya, belajarlah menerima teguran dengan hati yang terbuka. Manakala pihak yang menegur pula haruslah menegur dengan cara yang baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.



Walaupun kedua-dua pihak telah berdamai, ada sesetengah netizen masih lagi melemparkan komen-komen kesat terhadap lelaki itu. Nasihat kami, sudah-sudahlah, jangan mengeruhkan lagi keadaan.

Kisah yang akan diingati sampai bila-bila.



Kisah yang akan diingati sampai bila-bila. Anggota tentera, Lans Koperal Zamri Md. Soot tetap meneruskan perbarisan dalam Majlis Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-panji Rejimen walaupun lengan kirinya tertusuk benet senjata M16 rakan 

Inilah seorang tentera yang amat taat setia kepada arahan ketua . Kalau dimedan perang pasti ia akan berjuang sampai mati melawan pihak musoh . Hidup RAMD .....

Kenapa Hanez Suraya tidak bersolek sebelum bernikah

KUALA LUMPUR: Seri pengantin Hanez Suraya saat bergelar isteri pada 14 Mac lalu dipuji ramai.

Solekan jurusolek kesayangannya, Chomel ternyata membuatkan wajah isteri kepada Romie Razin Adilha itu yang cukup putih gebu begitu jelita sekali.

Hanez sendiri menyedari perkara berkenaan dan memanjat kesyukuran kerana bagi setiap pengantin baru salah satu keindahan pada hari bahagia mereka ialah terserlahnya seri pengantin. Hanez begitu anggun dengan persalinan Wanpa dan Najeeb Ibrahim.


Majlis menyambut menantu akan dilangsungkan pada hari ini di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang. Keesokannya pula dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Sime Darby.

"Saya sempat berseloroh dengan Chomel, agaknya apa yang dia amalkan hingga saya begitu berseri. Dia jawab, dia tatarias saya dengan penuh keikhlasan. Secara jujurnya saya sempat amalkan petua orang lama dan berpengalaman.

"Empat hari sebelum bernikah, saya tak bersolek langsung. Saya biarkan wajah polos. Tengoklah wajah saya masa majlis berinai memang saya tak mekap beriya-iya. Lucunya apabila saya keluar rumah, orang tegur muka saya macam tak bersiap," katanya.

HANEZ ketika memakai inai

Ditanya mengenai kehidupannya kini selepas bergelar isteri, Hanez memberitahu beliau kini begitu tenang. Sekalipun kisah peribadinya bersama Romie dikecam dahulu, Hanez tidak mahu ambil pusing.

"Saya sudah ada suami di sisi. Paling penting ada dua orang anak segera (anak hasil perkongsian hidup Romie dengan perkahwinan terdahulu) bernama Putera Adreeshah (9 tahun) dan Putera Rayqarl (3).

"Buat sementara waktu sehingga menanti selesainya majlis Sabtu dan Ahad ini, saya bersama suami dan anak tinggal di Shah Alam. Itu rumah Romie. Kami merancang untuk tinggal di rumah lain tak lama lagi.

(Foto) Pelajar Kolej Ditemui Mati Dalam Tandas Pejabat



Seorang pelajar kolej yang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau ditemui mati.

Pelajar perempuan berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan tiba di pejabat tersebut kira-kira pukul 8 pagi pada Isnin.

Difahamkan mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tandas bangunan tersebut oleh rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata siasatan sedang dijalankan dan punca kematian masih belum dapat disahkan.

“Berikan kami masa, kami sedang menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi.

AWAS! AYAM BERPENYAKIT MISTERI (VIRUS) DIJUAL DI PASARAN




Seorang individu memuat naik beberapa gambar seekor ayam yang didakwa berpenyakit misteri dan mendatangkan bahaya kepada pengguna.


Bh Tan, memuat naik gambar-gambar berkenaan di laman Facebooknya pada 16 Mac yang lalu.






"Be Alert! Don't buy or eat chickens at anywhere. Just receive message from one of the chicken processing company staff inform about all the chickens that they cut got infectious some mysterious disease. So avoids chicken for 1-2 weeks. Spread the message!!" 


Terjemahan bahasa Melayu:


"Awas! Jangan beli atau makan ayam di mana-mana. Baru saja menerima mesej dari salah seorang kakitangan syarikat pemprosesan ayam yang memaklumkan tentang ayam yang dipotong oleh mereka dijangkiti penyakit misteri. Jadi, elakkan dari membeli/makan ayam untuk seminggu dua ini. Sebarkan mesej ini!"


Jelas Bh Tan lagi, sudah ramai yang termakan ayam yang dijangkiti penyakit misteri itu menyebabkan timbulnya bintik-bintik merah di bahagian muka, badan dan tapak tangan. 







Bh Tan juga mendakwa penyakit bintik-bintik merah itu adalah virus dan kerajaan Malaysia telah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum.


Bagaimanapun, dakwaan liar yang mengatakan Kerajaan Malaysia merahsiakan perkara itu adalah tidak benar. 


Menurut sumber dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka tidak tahu akan kes berkenaan dan penyebaran kes itu tidak dilaporkan kepada mereka. Namun tidak menafikan ada menerima laporan dari orang awam yang meminta pengesahan mengenai kes tersebut.


Hasil pemerhatian kami, tiada sebarang laporan mengenai ayam berpenyakit misteri ini tersebar di laman sosial mahupun dijual oleh peniaga daging ayam. 


Pengguna dinasihatkan agar memerhatikan tanda-tanda seperti dalam gambar pada daging ayam yang telah diproses sebelum membeli sebagai langkah berjaga-jaga. Mohon Kementerian Kesihatan Malaysia siasat perkara ini sebelum rakyat Malaysia panik. 

info lengkapthehypemedia