Belum lagi bermula pentas Kilauan Emas musim kelima, sebuah tragedi menyayat hati telah berlaku minggu lalu sewaktu uji bakat Zon Tengah yang berlangsungnya di pusat membeli belah Summit USJ.
Semuanya bermula apabila bekas juara program Kilauan Emas musim keempat iaitu Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sedang membuat persembahan, tiba-tiba seorang budak lelaki bernama Yusuf, 2, naik ke atas pentas sambil menangis untuk bertemu Arip yang disangkakan arwah bapanya.
Untuk pengetahuan adik Yusuf kehilangan bapanya kira-kira 3 bulan yang lalu akibat kemalangan kereta di lebuhraya New Pantai Expressway (NPE). Kebetulan adik Yusuf dan ibunya, Puan Nurul menghabiskan masa di Summit USJ sementara menunggu pejabat polis dibuka semula selepas makan tengahari.
Tindakan adik Yusuf naik ke atas pentas sambil menangis dan memanggil Arip sebagai ayah membuatkan orang ramai tertanya-tanya. Namun apabila ditanya ibunya mengenai tindakan adik Yusuf, ternyata ianya satu kisah yang menyayatkan hati.
Pihak produksi sempat menemukan Arip dan adik Yusuf, tertanya anak kecil ini tetap memanggil Arip dengan panggilan ayah.
Terubat rasanya rindu apabila adik Yusuf apabila melihat wajah Arip yang milik rupa arwah bapanya. Semoga Allahyarham Mohs Syawal Rur Rahim Bin Harun ditempatkan di kalangan orang beriman dan harapan supaya Puan Nurul dan adik Yusuf sentiasa tabah dalam mengharungi ujian oleh Allah SWT.
Al-fatihah.
Adik Yusuf Bersama Arwah Bapanya
0 comments:
Post a Comment