INFORMASI TERKINI

Wednesday 29 April 2015

(8 Gambar) Siapakah Cikgu Aishah yang telah mendapat surat cinta dari bapa pelajarnya????


Baru-baru ini sebuah kisah bapa yang menulis surat cinta kepada gurunya menjadi viral di media sosial terutama whatsapp...

Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah….

Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya…..

Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak?..

Rupanya…cikgu tersebut finalist Dewi Remaja tahun 2014. Macam ni nak pergi sekolah balik boleh tak?







Sumber - Blog Nomi

Comelnya!! Foto Aaisyah Dhia Rana terbeliak mata yang korang tak sanggup tengok



Aaisyah Dhia Rana antara anak selebriti yang menjadi pujaan ramai, bukan sahaja ibu dan ayahnya. Alahai. Manis betul senyuman si comel nie. Bila ditengok lama-lama, geram pulak nak cubit pipi Aaisyah Dhia Rana, puteri Rozita Che Wan.
Sekarang, dah pandai melaram dah si comel nie. Kecil-kecil lagi dah pandai senyum. Comel betul tengok Aaisyah senyum, persis Che Ta senyumannya.Geram tengok pipi gebu Aaisyah.
Yelar, cuba tengok gambar-gambar anak Che Ta yang dah pandai melaram macam ibunya. Apabila melihat gambar-gambar Aaisyah yang siap pakai hair band lagi tu. Nampaknya sekarang Che Ta dah ada klon. Kecil-kecil lagi dah pandai buat memek muka comel.
Mesti ramai yang nak jadikan Aaisyah ni jadi model iklan barangan bayi. Rasa-rasanya selepas ni, famous lar si comel ni jika ditawarkan jadi model untuk iklan barangan bayi.
Apa lagi nak tengok gambar Aaisyah Dhia Rana terbeliak mata, tetap comel si kecik ini.
V
V
V
V
V
V
V
sumber : http://ceritartislagi.blogspot.com/

Serius Sedih!! Bekas Banduan Dedah Kelakuan & Kehidupan Anwar Ibrahim Di Penjara Yang Pasti Mengejutkan


Umum mengetahui yang Ketua Pembangkang telah di jatuhkan hukuman penjara atas kesalahan meliwat. Seorang bekas banduan telah menceritakan pengalaman melihat sendiri ketua pembangkang Anwar Ibrahim di dalam penjara Sg Buloh.
Sulaiman Ajik baru sahaja dibebaskan selepas dipenjara enam bulan kerana tuduhan mencuri. Sulaiman Ajik telah berkongsi cerita dan pengalamannya bersama Anwar Ibrahim.
Ini komen Sulaiman:
Kali pertama Lihat Anwar
“Kali pertama melihat Anwar di dalam sel waktu itu, saya cukup sayu dan sedih. Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.
“Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan-banduan lain,”
Baca Al-Quran, Jadi Imam
Anwar Ibrahim dikatakan menjadi imam ketika bersolat kepada banduan dan juga petugas di sana. Malah Anwar juga memberi tazkirah.
“Beliau langsung tidak menyentuh isu politik, semua pengisian adalah berbentuk nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik dan berguna kepada manusia.
“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, para banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,”
Anwar Ibrahim Sakit Belakang
“Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas perbaringan. Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang lain yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur,”
Anwar Ibrahim juga sering menyanyi lagu Azizah. Semoga Anwar Ibrahim kuat menghadapi hari-hari yang mendatang.
sumber : http://ohkisahnya.blogspot.com/

Serius Comel!! Video Dubsmash Pertama Dari Aaisyah Dhia Rana




Jika sebelum ini kami ada paparkan “dubsmash” Siti Nurhaliza, beberapa selepas itu beberapa orang artis turut membuat “dubsmash“.
Demam “dubsmash” kini sedang melanda dunia. Memang best main dubsmash ni. Seronok melayan video-video dubsmash.
Di Malaysia, artis turut membuat beberapa video dubsmash. Antara artis yang layan dubsmashtermasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Afdlin Shauki dan juga Zain Saidin.
Yang terbaru Zain telah memuatnaik video dubsmash bersama anaknya Aaisyah Dhia Rana. Ini merupakan video dubsmash pertama Aaisyah. Tema yang dibuat adalah Lion King.
Jom tonton video dubsmash Aaisyah Dhia Rana yang tidak pernah dilihat oleh peminat-peminat si kecik molek ini.
sumber : http://ohkisahnya.blogspot.com/

Tuesday 28 April 2015

Dirig gol didalam hutan


#MIRI: Hasrat bergembira bersama kawan untuk berjalan-jalan di Miri pada Hari Krismas lalu menjadi memori hitam bagi seorang pelajar Tingkatan Dua setelah mendapati dirinya dipergunakan untuk memuaskan nafsu rakan lelaki kepada kawannya sendiri.....

#Mangsa mendakwa dirinya telah dimabukkan setelah terminum minuman yang diletakkan bahan disyaki pil khayal, yang dijadikan kesempatan kepada lelaki berkenaan untuk me-rogolnya.
Pada 25 Disember lalu, mangsa yang berusia 14 tahun, berasal dari Keluru Jaya Bekenu, dekat sini, diperkenalkan dengan seorang lelaki berusia 20-an iaitu rakan kepada teman perempuannya....
.
#Rakan mangsa yang berusia 16 tahun mengajak mangsa untuk berjalan-jalan meraikan Hari Krismas di bandar raya Miri iaitu setengah jam perjalanan de-ngan menggunakan kereta Perodua Kancil milik lelaki berkenaan....

#Ketika singgah untuk minum di sebuah restoran di Miri, mangsa memesan minuman tin berkarbonat dan mendakwa berasa pening dan hampir pitam setelah meminum minuman berkenaan.
Mangsa mendakwa minumannya itu telah diletakkan sesuatu dipercayai pil khayal.
Mangsa tidak ingat apa yang berlaku kepadanya selepas pengsan sehingga dia tersedar dan terkejut berada di  pantai pada keesokan harinya....

#Menurut laporan yang diberikan, mangsa  tersedar pada sebelah petang dengan masih ditemani oleh suspek di pantai berdekatan Kampung Beraya, Bakam dekat sini....

#Keliru dan bimbang terhadap apa yang telah berlaku kepada dirinya, mangsa dipujuk dan kemudian dihantar suspek ke kediaman sepupunya di Kampung Bukit Bom Batu Niah.
Mangsa kemudian dihantar kembali ke kediamannya di Bekenu oleh sepupunya dan menceritakan punca kehilangannya kepada ibu bapanya....

#Mangsa mengadu sakit di badan dan kemaluannya kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya ke Hospital Miri untuk pemeriksaan.....

Tuesday 21 April 2015

Cun Habis!! Gadis Ini Bakal Isteri Zizan Razak?

Memerhatikan maklum balas peminat dunia hiburan setiap kali kami keluarkan kisah tentang Zizan Razak, ramai antara anda yang merasa sudah muak dengan perkembangan pelawak ini namun masih ada antara anda yang peduli. Jadi, kami tulis lagi.
Selepas mengumumkan yang beliau bakal berkahwin dengan gadis sekampung beberapa minggu lalu, Zizan Razakmula dihujani pertanyaan tentang siapakah gerangan gadis bertuah itu dan pastinya beliau memilih untuk lebih berahsia kali ini.
Laporan akhbar baru baru ini juga mengatakan yang Zizan Razak telah menghantar rombongan merisik ke kediaman gadis tersebut ketika pulang ke kampung baru baru ini serta menyebut nama gadis itu sebagai Nor Edura Diyana Hisham.
Baru baru ini kami menerima satu e-mail dari orang kampung Zizan Razak mendakwa beliau kenal gadis tersebut dan berbesar hati untuk kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan peminat yang ingin tahu. Gadis berusia 24 tahun itu dikhabarkan masih menuntut di sebuah universiti tempatan di Terengganu dalam bidang perakaunan.
Penghantar itu juga ada memaklumkan yang pelakon filem Polis EVO itu memang ada datang bersama keluarganya ke rumah gadis tersebut namun tidak pasti apa tujuan sebenar sama ada kunjungan biasa atau pun merisik.
Mesti ramai yang tak sabar untuk melihat adakah ini bakal isteri Zizan Razak, beruntung gadis ini.
21 3 4 5
sumber : http://www.rotikaya.com/

Serius Cun!! 20 Selfie Paling Cun Mia Ahmad, Pelakon Drama Hati Perempuan

Pelakon Mia Ahmad kini menjadi sebutan ramai ekoran wataknya di dalam drama TV3, hati Perempuan yang berjaya menarik minat penonton.
Mia Ahmad bukan sahaja comel malah lakonannya juga mendapat komen dan kritikan yang positif dari orang ramai.
Gandingan Mia Ahmad dan juga pelakon kacak Syarul Ridzwan amat serasi dan ramai menyukainya.
Mia Ahmad atau nama sebenarnya, Samiha Binti Ahmad Baderi lahir pada 22 Februari 1988 di Perak dan kini berumur 27 tahun.
Jom intai 20 keping gambar selfie yang cun dari Mia Ahmad yang jarang dilihat oleh peminatnya.
         
sumber : http://ohkisahnya.blogspot.com/2015/04

ANDA BERANI? JANGAN TENGOK KALAU ANDA KURANG BERANI...(6 GAMBAR)







Status Seorang Pondan Yang Membuatkan Anda..........komenlah apa anda rasa !!!


 "Walaupun Aku Pon dan, Tapi Aku Bahagia Hidup Bersama Suami dan Anak Angkatku" | Terbaru, status seorang lelaki yang menyerupai wanita yang dipercayai bernama Auliya Aqila Aryana mengundang kontroversi dan kritikan hebat dari pengguna laman sosial...
Gambar dan caption beliau,..

"Walaupun Aku #AuliyaAqilaAryana Pon dan, Tapi Aku Bahagia Hidup Bersama Suami #NikMuhammadHafiz dan Anak Angkatku #AinaQalis"

Gambar dan status kontroversi itu dikongsikan di laman instagram akaun bernama @aqilaaryana yang menampakkan wajahnya (terserlah kelakian) dan seorang lelaki (sado) bersama seorang budak.

Persoalan besar di sini, di manakah mereka melangsungkan perkahwinan?

Semoga kita semua terpelihara dari hubungan terlarang begini...

Saturday 18 April 2015

Sayu !!! Luahan Sedih Tunang Gadis Yang Dibunuh Bekas Kekasih


Susulan dari kes gadis 'Econsave' maut dibunuh oleh bekas tunangnya di depan pasar raya itu, tunang mangsa tampil meluahkan apa yang terbuku di hatinya...

Mohd Fahmi Muskin, 21, sedih namun terpaksa redha dengan pemergian mangsa, Nursyafikah, 20, yang maut ditikam oleh bekas tunangnya di tempat letak kenderaan, Jumaat lalu...

"Nursyafikah, wanita pertama hadir dalam hidup saya. Tetapi impian kami untuk hidup bersama telah dimusnahkan oleh pembunuhnya," katanya...

Fahmi terkilan dengan tragedi yang meragut nyawa tunangnya dan amat berharap pembunuhnya ditangkap serta dijatuhkan hukuman segera...

Fahmi, pekerja kilang di Ulu Tiram berasa sedih kerana hasrat untuk memperisterikan Nursyafikah pada September depan tidak tercapai selepas mereka bertunang pada 15 Februari yang lalu...

“Walaupun kami baru bertunang kira-kira sebulan lalu, saya mengenali Nursyafikah sejak enam tahun lalu menyebabkan kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dia wanita pertama hadir dalam hidup saya...

“Lebih menyedihkan mengenangkan beberapa hari sebelum kejadian, dia meminta saya jangan sesekali meninggalkannya serta kerap meminta dimaafkan jika ada yang menyakitkan hati saya sepanjang perkenalan kami,” katanya...

Jelas Fahmi, walaupun sudah tiada ikatan, dia tetap akan terus berhubung dengan keluarga Nursyafikah bagi memberikan sokongan kerana faham dengan keadaan keluarga mangsa yang masih berada dalam keadaan sedih...

Sementara itu, pihak polis masih belum berjaya mengesan suspek semenjak dari hari pertama kejadian. Bagaimanapun, polis akan terus mencarik suspek menggunakan kepakaran yang sedia ada selain dari meminta kerjasama masyarakat setempat...

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu, Nursyafikah, pekerja pasar raya Econsave maut ditikam di bahagian rusuk kirinya dengan pisau pemotong sayur oleh suspek. Sebelum kejadian, dipercayai berlaku perbincangan antara mangsa dengan suspek...

Perempuan Cantik Bertudung Jadi Mangsa Kutukan Netizen Di Laman Sosial




BUKAN HANTU TAPI TOK MAN

Batu Pahat: “Penunggu atau lembaga putih mereka maksudkan itu saya,” kata Sulaiman Mangat, 77, atau lebih dikenali sebagai Tok Man berhubung gambar viral di laman media sosial mendakwa kononnya ada lembaga putih menyerupai perempuan tua bertongkat di Jalan Ayer Hitam-Batu Pahat berhampiran Parit Khalil, di sini.Penyebaran gambar itu bukan saja menggemparkan penduduk kampung di situ, malah mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya selepas lembaga itu dikatakan menjadi punca kemalangan jalan raya yang meragut nyawa.Menurut Sulaiman, dakwaan itu ternyata tidak benar kerana lembaga putih dimaksudkan itu adalah dirinya yang sedang dalam perjalanan ke Surau Sentosa Parit Khalil Laut, jam 5.45 pagi menunaikan solat Subuh.Katanya, secara kebetulan dia pada pagi itu menggunakan jalan pintas dikelilingi pokok sawit dengan memakai jubah dan serban berwarna cerah.“Mungkin apabila saya keluar dari celah pokok sawit itu dan ditambah dengan pakaian serba putih, ia mengejutkan penduduk berhampiran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 8:52 AM






Monday 13 April 2015

Pelajar Hantar Gambar Bogel pada Guru!!

SUDAH jadi lumrah buat mereka yang memilih kerjaya guru untuk berhadapan dengan pelajar yang nakal serta susah dilentur. Tambahan pula dengan adanya cadangan untuk menghalang hukuman rotan dilaksanakan, lagi bertambah peninglah kan?
Namun, atas dasar tanggungjawab dan peranan sebagai ‘ibu bapa kedua’, para guru tetap meneruskan tugas mereka dengan penuh dedikasi.
Namun, ada ‘peel’ segelintir pelajar boleh membuatkan guru tepuk dahi dan tak senang duduk.
Cuba bayangkan kalau anda seorang guru dan mendapat kiriman gambar bogel daripada seorang pelajar perempuan, apakah reaksi anda?
Ya, situasi tersebut merupakan realiti zaman kini. Melalui satu ‘screen-captured‘ yang tersebar di laman sosial, seorang guru didedahkan telah menerima kiriman foto bogel pelajarnya sendiri!
Buat hal betul..
Melalui foto yang tersebar pelajar terbabit dapat dilihat menegur gurunya di aplikasi mesej WeChat sebelum bertindak menghantar ‘selfie‘ bogelnya dengan selamba, siap bertanya “ok tak!!”
Tak tahu lah nak klasifikasikan gambar bogel tersebut sebagai ‘rezeki’ ataupun ‘cari penyakit’ namun ia jelas bukanlah satu momen yang mudah untuk ditangani guru terbabit.
Yelah.. silap haribulan, guru terbabit pula dituduh mencabul dan melakukan gangguan seksual terhadap pelajar sendiri kan?
Apa pun ini adalah penggera untuk pihak atau kementerian terlibat melakukan sesuatu untuk bantu menangani masalah moral yang semakin kronik dalam kalangan pelajar dan golongan muda hari ini.
Harap-harap juga, ada pihak buka mata dan menilai kembali hala tuju hukuman kepada pelajar serta sistem pendidikan negara.

Murid sekarang bukan macam murid dulu dah…
Sumber : MynewsHub

Gila!! Isteri Derhaka Memaki Hamun Suami!

Hidup berumah tangga kadangkala memerlukan toleransi dan kesabaran yang mendalam. Sengketa itu umpama asam garam dalam kehidupan. Bila berumah tangga akan ada satu keadaan memaksa meminjam. Sama ada bayar bersama atau harap satu pihak sahaja. Namun perkara sebegini adalah satu tindakan yang melampai batas.
Allah memerhati & Malaikat mencatat. Peringatan buat para isteri, hormati lah suami mu tak kira kaya atau miskin, muda atau tua. Kerana syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. Allahuuu…


Pesanan buat para suami pula, jika ada kudrat maka lakukanlah sebaik mungkin untuk mencari nafkah. Jangan malas duduk goyang kaki di rumah. Anda ada tanggungjawab dan anda anda akan ditanya di Akhirat kelak. Jangan jadi DAYUS!

Mohon sebarkan kisah ini buat pengajaran bersama. Semoga kita dijauhkan dari musibah rumahtangga sebegini.