INFORMASI TERKINI

Saturday 30 May 2015

Dr Wan Azizah Mendedahkan.

Kenapa Anda Dilarang Menggunakan Putik kapas Untuk Membersihkan Telinga??


Majoriti dari kita menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga. Jika ditanya mereka yang berada pada bidang perubatan, telah banyak kes yang dilaporkan melibatkan kesan menggunakan putik kapas seperti gegendang telinga pecah.

Kita kena ambil tahu bahawa, kita tidak seharusnya memasukkan benda asing seperti putik kapas ke dalam telinga untuk membersihkan wax ( tahi telinga) yang ada. Ini kerana ianya berkemungkinan menyebabkan kita kehilangan pendengaran dan ataupun kerosakan salur telinga.

Telinga mempunyai sejenis sel yang menghasilkan wax. Ada beberapa orang yang penhasilan wax mereka cepat, ada pula yang rendah.

Jadi, nak bersihkan telinga atau tidak? Jawapannya di sini ialah “ya” atau ‘tidak”.

Kawasan luar yang boleh dilihat orang, bolehlah dibersihkan menggunakan sedikit air dan kain lembut. Ini boleh dilakukan ketika kita mandi. Dan ketika mandi, selalunya terdapat wax dan sel sel mati yang akan ikut sama terbuang. Manakala kawasan dalam yang telinga yang tidak dapat dilihat yang mendekati gegendang telinga adalah bahaya untuk dibeersihkan dengan benda asing.

Jika anda mempunyai wax yang terlalu banyak pada telinga, sebenarnya anda boleh terus berjumpa doktor untuk membersihkannya. Di mana terdapat cecari yang dimasukkan ke dalam telinga yang akan membersihkan terus wax dalam telinga. Proses ini tidak menyakitkan langsung.

Jawapan Balas Dari JAKIM Isu Produk Ajinomoto Menggunakan Babi

Kuala Lumpur – Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan, kenyataan berhubung Ajinomoto (Malaysia) Berhad menggunakan sumber khinzir dalam pemprosesan produknya adalah tidak benar.
Menurut Jakim, Ajinomoto (Malaysia) Berhad adalah pemegang sijil halal yang sah dan telah melalui proses pemeriksaan serta pemantauan mengikut prosedur ditetapkan.
Pengguna juga boleh membuat semakan status halal di Direktori Halal Malaysia, melalui laman sesawang www.halal.gov.my.
Dalam pada itu, Jakim menasihatkan orang ramai memastikan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima, sebelum menyebarkannya.
Syarikat pengeluar produk perasa makanan dari Jepun itu, Ajinomoto memohon maaf kepada umat Islam di Indonesia atas penggunaan enzim khinzir dalam produk penambah perasanya pada 2001.
Produk Ajinomoto itu dilaporkan mengandungi monosodium glutamate (MSG) yang mempunyai enzim khinzir, menyebabkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan pemimpin agama Islam mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan penggunaannya.
Bagaimanapun, berita itu kembali menjadi viral, selepas ia dikongsi semula pengguna media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna produk tersebut.

Sungguh Kejam!! Suami "Tetak" Isteri Di Khalayak Ramai

PERTUNJUKAN jalanan yang dilakukan pasangan suami isteri di Chirala Mandal, India mampu menghentikan jantung penonton apabila seorang lelaki menetak leher isterinya.
Menggunakan sebilah pedang, Balashankar Budati pada mulanya akan mempamerkan tarian bersama senjata tajam itu.
Seorang wanita yang merupakan isterinya, Bhramharamba pula bertindak tidur di atas jalan sambil meletakkan sebiji buah kelapa di leher.

Diakhir tarian itu, Balashankar akan menetak buah kelapa di leher isterinya sekuat mungkin.
Bagaimanapun dalam aksi itu, hanya buah kelapa yang terbelah dua manakala wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Aksi itu kemudian turut ditayangkan dalam siri ‘World’s Most Talented’ ke seluruh dunia.
Setiap penonton yang menyaksikan video tersebut dinasihatkan supaya tidak meniru aksi sama kerana berisiko mengalamai kecederaan.

SUAMI PULA YG luar biasa

#VIRAL beberapa keping gambar sepasang kekasih di laman sosial baru-baru ini, pasangan itu bergambar mesra menarik perhatian ramai orang. Apa yang menjadi bualan adalah wajah lelaki tidak padan dengan kekasihnya itu. Tetapi bagi admin, itu tidak menjadi masalah kerana zaman sekarang duit dan keikhlasan hati menjadi pilihan wanita-wanita masa kini.

#Kami tidak pasti siapakah mereka ini dan dari manakah mereka tinggal, tapi ternyata pasangan ini menaikkan cemburu banyak pihak diluar sana.....wkakakka :3

Jom tengok beberapa keping gambar mereka lagi.....














Isteri dan Anak Perempuan Dikurung Tiga Tahun Sebagai ‘Balasan’ Tak Dapat Anak Lelaki

ISTERI DAN ANAK PEREMPUAN DIKURUNG TIGA TAHUN SEBAGAI ‘BALASAN’ TAK DAPAT ANAK LELAKI



Hanya kerana tidak dapat melahirkan anak lelaki, seorang isteri dikurung di dalam tandas selama tiga tahun oleh suaminya sendiri.
Turut dikurung adalah anak perempuan mereka.
Priyanka dan anaknya, Pamesha diikat Rameshwar Rao pada mangkuk tandas dan akan dibuka untuk seketika jika kedua-duanya mahu menggunakannya.
 Isteri dan Anak Perempuan Dikurung Tiga Tahun Sebagai 'Balasan' Tak Dapat Anak Lelaki
Isteri dan Anak Perempuan Dikurung Tiga Tahun Sebagai ‘Balasan’ Tak Dapat Anak Lelaki
 Isteri dan Anak Perempuan Dikurung Tiga Tahun Sebagai 'Balasan' Tak Dapat Anak Lelaki
Lebih malang mereka berdua hanya diberi makan nasi kosong dan air kosong semata-mata ketika menjalani ‘hukuman’ itu.
Sudahlah mengurung isterinya, Rameshwar juga dilaporkan turut merogol isterinya, namun malangnya Priyanka tidak juga mengandung.
Keadaan kedua-dua beranak itu akhirnya berjaya diselamatkan oleh bapa Priyanka apabila menjenguk keluarga tersebut secara mengejut.
Meskipun marah dengan perbuatan menantunya, mereka tidak dapat mengambil tindakan undang-undang kerana Priyanka enggan membuat laporan polis keranadikurung, malah berkeras mahu terus tinggal di rumah itu.
Sumber : SK

STATUS AWEK CUN YANG AGAK MEMALUKAN

Apa nak jadi dengan minah ni.harap muke je lawa tapi bangang abadi.cerita dalam kain pun masuk dalam laman sosial.nak cerita hebahkan kat orang ramai ke yang kau 2 dah takde dara..

Jaga lah tingkah laku 2.mana letaknya maruah seorang perempuan

10 Sebab Kenapa Drama 'Dia...Isteri Luar Biasa...' akan ditamatkan..!



Kecoh baru-baru ini drama Dia, Isteri Luar Biasa.... yang akan ditamatkan siaranya. Walaupun ia hanyalah kabar angin sahaja tetapi ada beberapa benda kami rasa patutu juga ditamatkan siaranya kerana beberapa sebab yg dibawah :

1. Jalan cerita yang tak masuk akal, tak nak kawin tapi nak ada anak. Baik ko suntik sperm je masuk dalam.

2. Set bagi kena tangkap khalwat semata2 untuk kahwin... rancangan yang bangang.

3. Lelaki yang terlalu noob sebab mudah kena troll

4. Merampas hubungan kekeluargaan antara kawan baik dan anaknya.

5. Asal drama melayu je mesti ada kebetulan, jumpa dkt situ dkat sini.

6. Misti ada watak jahat nak kacau hubungan. Try la cari jalan crita lain plak.

7.Keith Foo Tak sesuai watak lembut tu....nampak kaku sangat.

8.Ajar anak kurang ajar dngan mak

9. Menyebabkan orang leka untuk bersolat maghrib.

10. Merosakkan budak-budak skolah sekarang, drama cinta bodoh

Kami senaraikan beberapa benda yang nampak dimata kami sahaja, sebenarnya ada banyak lagi tetapi kami rasa cukup setakat ini. Jangan rosakkan industri hiburan dengan drama sampah macam ni lagi...

Friday 29 May 2015

11 Gambar Bayi Dirakam Menerusi TV Pemantau Bayi ini Pasti Membuatkan Ibu Bapa Tidak Lena Tidur


Mempunyai anak kecil sememangnya satu perkara yang sangat sukar bagi ibu bapa. Lebih-lebih lagi pada waktu malam yang mana kadang-kadang si anak akan berkerenah menangis dan sebagainya.

Oleh itu sesetengah ibu bapa yang mana tidak tidur bersama anak akan memasangkan kamera di bilik anak-anak untuk memudahkan pengawasan terhadap mereka lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Bagaimanapun kadang-kadang visual menerusi kamera yang menggunakan infrared pada waktu malam menghasilkan visual yang agak seram. Lebih-lebih lagi sekiranya kelakuan anak-anak pada satu ketika agak ganjil dan kadang-kadang beberapa entiti lain mungkin kelihatan pada visual infrared tersebut.

Di sini Siakapkeli ingin kongsikan beberapa gambar visual yang menyeramkan menerusi tv pengawasan anak-anak. —Siakapkeli.my

Berdiri tegak seperti memandang sesuatu
Budak ini merupakan anak tunggal dan seakan-akan ada anak lain yang tidur bersama
Macam mana bayi boleh berpusing seperti ini?
'Saya tahu kamu sedang melihat saya, dan saya melihat kamu kembali'
Anda boleh lihat ada wajah seakan-akan wajah hantu?
Matanya seperti dirasuk
Ada sesuatu memanjat bayi ini padahal ia hanyalah seekor kucing

Posisi tidur yang sangat menakutkan seperti dalam sebuah filem seram
Siapa yang biarkan pintu terbuka?
Mungkin ada masalah ada alat rakaman
'Saya nampak kamu'

Sumber : Siakap Keli

REMAJA MAUT KERANA MINUM COKE SELEPAS MAKAN DURIAN !






Kenali Rahsia Khasiat & Manfaat BUDU Yang Ramai Orang Tak Tahu!



Khasiat BUDU Yang anda tidak tahu | Budu,  nama yang tidak asing lagi kalau kita menjejakkan kaki di Negeri Kelantan. Budu memang sedap , apalagi dimakan dengan nasi panas dan digabungkan dengan irisan bawang merah dan cili atau perahan limau. Pasti menyelerakan bukan .  Orang luar panggil Pati Ikan Bilis , tapi orang Kelantan lebih suka menamakan BUDU .  Pekasam ikan bilis ini merupakan makanan traditional orang Kelantan yang boleh didapatkan dikedai-kedai terdekat dengan harga yang cukup murah .

Selain untuk dimakan , tahukah anda bahwa BUDU ini mempunyai banyak khasiat atau manfaat untuk kesehatan? Budu kaya dengan protein dan turut dikenali sebagai serat yang baik . Knadungan serat-serat yang ada didalam budu lebih bagus daris erat ikan-ikan lain , dan ianya mudah dicerna oleh tubuh kita. Khasiat atau manfaat budu yang perlu anda tahu :

1. Pencegah Kanser
Budu mempunyai Gluthaione sejenis anti oksidan yang mampu mengeluarkan toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh yang memerangi berbagai penyakit berbahaya ,salah satunya kanser.

2. Awet Muda
Unsur ganestine dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas yang mampu menghambat penuaan dan juga kanser payudara. Waah , untuk kalian yang ingin nampak awet muda takperlu beli ubat mahal-mahal , cukup dengan budu.

3.Turunkan Kolesterol
Tahukah anda , dengan melakukan pengambilan budu sebanyak 150gra sehari selama dua minggu , mampu menurunkan kolesterol .

4. Cegah Cirit-birit
Budu mengadungi sejenis zat antibakteria yang mampu mencegah “diarrhoea” atau lebih dikenali dengan cirit-birit. Selain itu mandaaf budu yang lain mampu menghalang penyakit seperti kencing manis , sakit jantung , dan jug hypertensi.

5. Meningkatkan IQ otak
Budu mampu merangsang sel-sel otak dan meningkatkan daya ingatan . Selain itu juga mampu membunuh bakteria yang menyebabkan perut kembung pada anak-anak .

Khasiat Budu ini diperoleh dari proses ikan bilis yang diperam. Wah , selain sedap dimakan ternyata Budu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan  tubuh. Pastinya anda tidak tahu bukan ?

Mekanik Berhati Mulia Ini Wajar Anda Panggil Ketika Kenderaan Anda Bermasalah



Seorang pengguna laman sosial berbesar hati berkongsi pengalaman 'manis'nya dibantu oleh pomen berhati mulia yang membantu seikhlas hati nuraninya sebagai seorang saudara seagama.

Menurut beliau, keretanya mengalami masalah (tangki air yang bocor) di Tol Juru Arah Utara dan ketika itu pukul 4 pagi dan semestinya susah nak cari pomen di ketika itu.

Datanglah seorang hamba Allah berhati mulia (pomen) terbabit yang datang untuk membantu dan beliau meyakinkan bahawa beliau memang berkerja membaiki kereta.

Selesai membaiki tangki air yang bocor itu, pomen terbabit hanya meminta derma seikhlas hati dari kereta mangsa yang rosak dan turut meyakinkan beliau hanya mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan tidak seperti pomen lain, beliau tidak pernah berniat mencekik saudara seagama sendiri.

Jadi, kepada anda yang mengalami masalah kenderaan khususnya berdekatan Tol Juru dan kawasan yang berdekatan dengannya, silalah simpan nombor telefon brader ni.

Siapa tahu kan?

Nasir Pomen: 016397869


PILU !!! Dato Seri Vida Kongsi Kisah Sedih Dua Anaknya Terkorban Dalam Kebakaran.




Thursday 28 May 2015

Tabiat Mat Rempit Meraba Dada Penunggang Motosikal Cetus Kerisauan Wanita



10 Janji Allah SWT Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

Ketahui 10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin



1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?