INFORMASI TERKINI

Sunday, 7 June 2015

Bapa Tiri dihukum Mati Mandatori Kerana

Berdasarkan fakta kes, tertuduh (kiri) didakwa merotan dan menerajang anak tirinya sehingga mati pada kejadian 10 Oktober 2011 - Foto Astro AWANI


AYER KEROH: Akibat tidak dapat mengawal panas baran kerana anak tirinya yang baru berusia enam tahun terbuang air besar dalam seluar, Azman Abd Rahman 41,  yang juga seorang broker tanah telah bertindak merotan dan menerajang hingga mati anak tirinya itu.

Beliau telah dijatuhkan hukuman mati mandatori selepas didapati bersalah membunuh anak tirinya itu pada 10 Oktober 2011.

Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Zulkifli Bakar telah menjatuhkan hukuman mati itu kerana memukul sehingga menyebabkan kematian Muhammad Firdaus Mohd Dan.


Pendakwaan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfarhana Ahmad dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Hilmy Samsudin.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa merotan dan menerajang anak tirinya sehingga mati pada kejadian 10 Oktober 2011 di Kebun Kelapa Sawit Kampung Solok Pinang, Gadek, Alor Gajah antara jam 10.30 pagi hingga 2.15 petang.

Tindakan berkenaan dilakukan selepas mangsa membuang air besar di dalam kereta menyebabkan tertuduh berang sehingga bertindak memukul tetapi akibat mengalami kecederaan parah, mangsa meninggal dunia.

Menurut Zulkifli dalam hujah penghakimannya, perbuatan tertuduh itu adalah sangat melampaui batas walaupun niatnya adalah untuk mengajar mangsa yang terbuang air besar di dalam kereta.

“Mangsa dirotan di dalam kereta kerana membuang air besar selepas itu mangsa keluar kereta kerana kesakitan tetapi kenapa tertuduh perlu memukul dan menerajang mangsa lagi sehingga membawa maut,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana semasa prosiding rayuan meminta agar tertuduh dikenakan hukuman berat untuk memberi pengadilan kepada mangsa dan keluarganya dan juga sebagai satu pengajaran kepada anggota masyarakat.

Menurutnya lagi, hukuman itu sebagai mesej peringatan kepada anggota masyarakat iaitu jika seseorang itu mempunyai sifat panas baran seharusnya perlu bijak mengawal perasaan selain menghormati sistem undang-undang negara.


Sumber : astroawani

0 comments:

Post a Comment