INFORMASI TERKINI

Saturday 21 March 2015

(Foto) Pelajar Kolej Ditemui Mati Dalam Tandas Pejabat



Seorang pelajar kolej yang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau ditemui mati.

Pelajar perempuan berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan tiba di pejabat tersebut kira-kira pukul 8 pagi pada Isnin.

Difahamkan mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tandas bangunan tersebut oleh rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata siasatan sedang dijalankan dan punca kematian masih belum dapat disahkan.

“Berikan kami masa, kami sedang menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi.

0 comments:

Post a Comment