INFORMASI TERKINI

Wednesday, 6 May 2015

Muka Terbakar Terkena Cat Panas

Dua orang kanak-kanak melecur teruk akibat daripada percikan cat semburan yang meletup di tempat pembuangan sampah berhampiran daripada rumah mereka.

Klang: “Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan adik yang memaklumkan mereka (anak) terbabit dalam letupan kecil selepas membuang sampah di hadapan rumah,” kata Mohd Zaidi Mat Kasnin, 35, mengenai kejadian dua anaknya yang melecur teruk di muka akibat terkena percikan bahan cecair dari tin penyembur cat yang meletup di tempat membuang sampah berhampiran rumahnya di Batu 4, Jalan Kapar kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa Mohd Danish Haikal Mohd Zaidi, 11, dan adik bongsunya Nur Qasih Danisha Qistina Mohd Zaidi, 3, melecur hampir 100 peratus di muka, namun si abang cuba membantu menyelamatkan adiknya terlebih dahulu walaupun mukanya turut terkena cat panas dalam letupan itu.
Katanya, kedua-dua anaknya itu bangun kira-kira jam 11 pagi untuk membantu ibu saudara mereka mengemas rumah sementara beliau masih tidur akibat keletihan kerana memandu jauh.
“Adik saya memaklumkan Danish keluar untuk membuang sampah di lokasi pembakaran sampah yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah dan tidak menyedari Qasih mengekorinya dari belakang.
“Ketika sampai di lokasi kejadian, Danish mula menyapu sampah berhampiran unggun api berkenaan dan tidak menyedari terdapat tin penyembur cat di kawasan itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment