INFORMASI TERKINI

Sunday, 3 May 2015

SEDIH !!! LUAHAN SAYU ADIK NURUL ATIRAH MURID DARJAH 3 DIABAI AYAH

Luahan hati  paling tulus & jujur dari Adik Nurul Atirah yang baru berusia 9 tahun bersekolah di Negeri Perak. Baca karangan beliau:..


Assalamualaikum kawan-kawanku.. Ini cerita latar belakang diriku. Nama aku Nurul Atirah bt Md.Norhaslain... Aku dilahirkan di Taiping Perak. Aku mempunyai seorang adik perempuan bernama Nurul Atikah. Nasib diriku tak seperti kawan-kawanku yang lain yang mempunyai mak dan ayah serta keluarga yang bahagia. Sejak umur aku 3 tahun, mak dan ayah aku telah berpisah. semasa itu mak aku baru melahirkan adik aku... Mak aku sakit teruk sebab ayah. Ayah selalu pukul mak aku. masa mak aku mengandungkan adik aku.. sehingga sekarang ayah aku menghilangkan diri dan tidak memberi duit untuk makan minuman aku dan adik-adik. mak pulak selalu sakit-sakit dan tidak boleh bekerja. Aku dan adik tinggal dengan opah tokwan sebab mak tak boleh kerja. Sejak ayah tak pernah datang melawat aku dan adik, mak kata bagitau ayah dah kahwin lain. Aku dan adik langsung tidak dapat kasih sayang ayah. Aku sedih sangat. adik lagi kesian sebab langsung tak kenal siapa ayah kami. Aku mendapat berita ayah dah meninggal. Sekian Terima Kasih...

Daripada murid 3 Pintar 2015

Ya Allah kau permudahkanlah serta berkatilah perjalanan hidup anak yatim ini.. Wahai adik, Insya'allah ramai yang mendoakan kesejahteraan hidupmu. teruskan perjuangan dalam menimba ilmu agar kau mampu mengatur perjalanan hidup yang lebih baik kelak.. Aamin.

Sumber : http://tengoktvonline.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment