INFORMASI TERKINI

Saturday 16 January 2016

AWAS !!! JANGAN Gunakan Agama Islam & Allah Jadi Bahan Untuk Dapatkan Like


#Sebenarnya isu “Bila Agama Islam Dan Allah Jadi Bahan Dapatkan Like” ni dah lama saya nak highlight. Tapi sebab saya sibuk dengan projek tahun akhir di universiti maka masa yang ada untuk menulis agak terbatas. Tergerak hati saya untuk bercakap isu ini selepas saudara Sham Kamikazemembincangkan hal ini di facebook beliau.
Pern@h tak anda terjumpa post-post di facebook yang berbunyi “LIKE jika anda percaya ALLAH.” atau “Subhanallah cantiknya gambar Mekah ni. Cer like” atau “Berapa like boleh dapat untuk hadis ini.” Sekarang ni dah jadi trend di Facebook yang mana antara sedar dan tak sedar, kita sendiri meletakkan Allah dan Islam itu sendiri sebagai barang dagangan atau modal untuk mendapatkan like.  Setiap perkara dalam agama kini boleh dinilai hanya dengan like.
*Kita marah bila orang mempergunakan agama kita, tapi kita tak marah bila ada fan page yang mempergunakan agama untuk mencari like. Kononya kalau tak LIKE maknanya kita tak percaya Allah. Kononnya kalau tak like kita tak sokong Islam. Sedarlah bahawa ayat-ayat manis tersebut hanyalah mainan untuk melariskan fan page di facebook.
Kep@da pemilik fan page, tak salah nak sebarkan syiar dan dakwah Islam, tapi tak perlulah sampai nak mintak like dari semua. Cukuplah sekadar anda post dan terpulang kepada yang membaca sama ada nak like, share atau tidak. Tugas anda untuk sebarkan dakwah dah lengkap.  Tak perlulah sampai memperalatkan agama meminta like dari pembaca.
>Dan anda sebagai pengguna facebook haruslah pandai menilai. Kalau ada lagi post-post tersebut, nasihatkanlah si dia yang post supaya tak memperalatkan agama untuk dapatkan like. Mungkin dia belum tahu..
^Disini saya lebih suka berkongsi kupasan dari saudara Sham Kamikaze tentang isu ini. Moga bermanfaat.
bila agama allah islam jadi bahan dapatkan like
bila agama allah islam jadi bahan dapatkan like
bila agama allah islam jadi bahan dapatkan like
Apa pendapat anda? Bolehlah berikan komen anda di bawah.
Marilah berkongsi dan berdakwah secara sihat..

0 comments:

Post a Comment