Tentu sekali Wang amat penting bagi meneruskan kehidupan dan ia harus seimbang dengan amalan yang kita lakukan di dunia ini untuk hari akhirat kelak,Admin menyelongkar sebuah kisah benar mengenai Kaki Nombor Sengsara Sehingga Ke Kubur
Kerana Wang juga manusia sanggup lakukan apa saja demi mendapatkannya tanpa memikirkan Dosa.
Wang Hasil Judi Haram Di Gunakan |
"Ha milah!! Ambil duit ni abang kena nombor ni!!"masih terngiang ngiang ungkapan itu di telinga mak milah isteri kepada pak leman,di dalam hati mak milah berkata bila lah suaminya ini mahu berubah!Kerap kali juga pak leman memenangi Nombor ekor,dan perasaan tamaknya semakin membuak buak untuk terus bermain nombor ekor.
" milah,abang nak ke thailand beberapa hari nak menurun,kamu jaga anak baik baik,." Seringkali juga ayat ini keluar dari mulut pak leman,mak milah hanya diam seribu bahasa di dalam hatinya tetap berharap agar suaminya berubahSudahlah Berjudi malah pak leman sanggup berjumpa bomoh untuk membuat Nombor Ekor sehingga sejauh thailand!
Walaupun pak leman sering kena nombor tetapi satu halnya keluarga beliau tetap hidup susah,entah kemana perginya semua duit itu sering tidak mencukupi,nasib mak milah mengambil upah sebagai pembantu dapur di kedai makan berhampiran.
Suatu hari pak leman jatuh sakit,walaupun sakit pak leman tetap gagahkan diri untuk pergi ke kedai nombor ekor untuk membeli nombor sehinggalah beliau benar benar tidak berdaya lagi untuk berjalan.
"Mat,.nanti kau pergi kedai tu,beli semua nombor ni.."ujar pak leman kepada pak mat teman baiknya yang turut sama terjerumus bermain nombor ekor ,pak mat sering melawat teman baiknya itu sepanjang pak leman sakit.Nasib tidak menyebelahi pak leman apabila beliau tidak sembuh sembuh dari penyakit misterinya itu,apabila doktor check pak leman semuanya baik saja?agak pelik penyakit yang di hidapi olehnya yang tidak di ketahui.
Pak leman semakin tenat!dan tiada perkataan lain yang keluar dari mulut nya selain,.
" Panas!!...Panas!!...............Mak milah juga sudah habis ikhtiar,sudah habis wang simpanan selama bekerja di kedai makan tersebut bagi mengubati pak leman.
Akhirnya pak leman pergi jua,dan di saat jenazahnya ingin di masukkan ke dalam liang kubur,entah bagaimana jemaah yang mengangkat jenazah pak leman tiba tiba terlepas dari memegang jenazah,ada di antara mereka berkata "entah mengapa tiba tiba saja jenazah menjadi berat seberat beratnya.
Mak milah hanya berlinang airmata melihat suaminya bak di humban jatuh ke dalam liang kubur,.orang ramai yang hadir bersama turut terkedu melihat jenazah tiba tiba terjatuh ke dalam lubang kubur.
Begitulah kisah benar yang serba ringkas di ceritakan sendiri oleh mak milah dan menasihatkan agar masyarakat khususnya yang beragama islam agar menjauhi judi dan kerja khurafat.
Mak milah kini bahagia dengan kehidupan barunya setelah berkahwin baru dengan seorang lelaki bergelar ustaz yang telah banyak membimbing mak milah ke jalan yang di redhai bersama anak anaknya yang kini sudah dewasa.
Sepanjang bersama pak leman dulu susah untuk mengajak pak leman menjadi imam kepadanya serta anak anak,jauh di sudut hati mak milah perasaan sedih itu semestinya ada kerana melihat pak leman pergi dalam keadaan tidak sempat bertaubat.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat masyarakat agar menghindari dosa berjudi dan khurafat.
Sumber : OhPilihanku
0 comments:
Post a Comment