INFORMASI TERKINI

Tuesday, 12 May 2015

Jika Esok Sudah Tiada Lagi Bagi Kita,..

Pernahkah anda membayangkan “Jika Esok Sudah Tiada Lagi Bagi Kita”mungkin kita akan hilang segala-galanya termasuk Nafas Yang Di beri di dunia ini,apakah kita akan dapat membayangkan apabila hari semalam dan hari ini kita mendapat kekayaan, kesihatan yang baik,dan sebagainya,Bagaimana pula dengan hari esok,lusa dan seterusnya?Apakah kita akan sentiasa mendapat kekayaan,kesihatan dan sebagainya itu?

Sumber foto :carian Picarts


Semasa di beri kesenangan di dunia ini,di beri kesihatan yang baik dan sebagainya terkadang kita boleh terlupa dari mana datangnya Kekayaan,kesihatan yang baik dan lain-lain,kita mudah alpa apabila kita berada di satu tahap yang mana di ketika itu kita berada di atas,dan kita sering lupa saat saat sukar dalam kehidupan kita setelah kita.senang,terkadang apabila kita sihat,kita juga lupa erti bersyukur.

Dan apabila kita mula jatuh tersungkur ke bawah,apabila kita sakit,apabila kita kecewa dan sedih,apabila kita di landa kesusahan,ujian dan dugaan,maka baru lah kita ingat pada apa yang kita lupakan semasa kita berada di atas,di waktu itu baru kita ingat  dan sedar bahawa kita telah lalai dan alpa di dunia ini dan tidak mensyukuri segala apa yang di kurniakan kepada kita Oleh Yang Maha Kuasa.

Seandainya kita dapat tahu Jika Esok Sudah Tiada Lagi Bagi Kita mungkin hari ini kita akan berusaha untuk  mengubah segala yang buruk-buruk agar esok masih ada lagi bagi kita(Kecuali Kematian) ,Namun adalah mustahil bagi Manusia yang hidup di muka bumi ini yang  mampu meramal hari esok,lusa dan masa hadapannya,melainkan ia sentiasa mahu berusaha untuk jadi yang terbaik dan mendapatkan yang terbaik, bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga.

Jika Esok Sudah tiada lagi Bagi Kita ,apakah kita sudah bersedia menerima Segala Ketentuan Dari Yang Maha Kuasa ?apakah perkara terbesar yang kita cari di dunia ini? Adakah kemewahan ? Banglo 5 Tingkat ? Kereta Ferrari ? Wang Berbilion ? Pangkat Paling Tinggi ?Glamour ?segala yang di sebut ini hanya mampu kita peroleh di dunia ini saja,selepas nyawa berpisah dari jasad,maka.kita akan tinggalkan segala-galanya yang kita miliki di dunia ini.

Apakah Perkara Terbesar Yang kita Harus Cari sebenarnya ?

Jawapannya adalah Amalan Kita Semasa di dunia ini untuk di bawa ke hari akhirat kelak.

Sumber : OhPilihanku 

0 comments:

Post a Comment