SEORANG pelajar berusia 16 tahun, #Mohamad Nur Abrar Akram maut selepas ditendang pelajar senior dalam kejadian di sebuah asrama sekolah dekat Bachok, Kelantan pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi..
Menurut Ketua Polis Kelantan, #Datuk Mazlan Lazim, kejadian berlaku apabila suspek yang berusia 17 tahun masuk ke dalam bilik asrama mangsa pada jam 11.50 malam.
“Ketika itu mangsa bersama empat rakan lain sedang tidur sebelum dikejutkan suspek yang marah kerana mendakwa mangsa tidak menghormati pelajar senior.
“Suspek menendang di bahagian leher kanan mangsa sebanyak dua kali hingga menyebabkan saluran darah ke bahagian kepala putus,” katanya memetik #Harian Metro.
Sejurus selepas insiden itu, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia..
Suspek telah ditahan pada jam 12.30 tengah hari tadi untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber
0 comments:
Post a Comment