Bayi empat bulan meninggal dunia di taska Mohammad Shauqi dan Nur Farhana memangku jenazah anak mereka untuk dibawa pulang ke Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah. (Gambar kecil) Nur Ariana
#SHAH ALAM – Kematian seorang bayi berusia empat bulan di sebuah taska di Gelugor, Pulau Pinang tiada kaitan dengan unsur jenayah.
#Menurut hasil bedah siasat, bayi perempuan berkenaan meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru.
#Perk@ra itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Alathrash Wahid, lapor portal berita tempatan.
#Nur Arianna Safiyyah meninggal dunia semalam, selepas ditemui lembik dan sesak nafas oleh pengasuhnya. Dia disahkan meninggal dunia sebaik dihantar ke klinik kesihatan.
Bapanya, Mohammad Shauqi Zainondin, membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa anak kecilnya.
#Jenazah Nur Ariana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah malam tadi.
SUMBER : datangbulanke.com
0 comments:
Post a Comment