Majoriti dari kita menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga. Jika ditanya mereka yang berada pada bidang perubatan, telah banyak kes yang dilaporkan melibatkan kesan menggunakan putik kapas seperti gegendang telinga pecah.
Kita kena ambil tahu bahawa, kita tidak seharusnya memasukkan benda asing seperti putik kapas ke dalam telinga untuk membersihkan wax ( tahi telinga) yang ada. Ini kerana ianya berkemungkinan menyebabkan kita kehilangan pendengaran dan ataupun kerosakan salur telinga.
Telinga mempunyai sejenis sel yang menghasilkan wax. Ada beberapa orang yang penhasilan wax mereka cepat, ada pula yang rendah.
Jadi, nak bersihkan telinga atau tidak? Jawapannya di sini ialah “ya” atau ‘tidak”.
Kawasan luar yang boleh dilihat orang, bolehlah dibersihkan menggunakan sedikit air dan kain lembut. Ini boleh dilakukan ketika kita mandi. Dan ketika mandi, selalunya terdapat wax dan sel sel mati yang akan ikut sama terbuang. Manakala kawasan dalam yang telinga yang tidak dapat dilihat yang mendekati gegendang telinga adalah bahaya untuk dibeersihkan dengan benda asing.
Jika anda mempunyai wax yang terlalu banyak pada telinga, sebenarnya anda boleh terus berjumpa doktor untuk membersihkannya. Di mana terdapat cecari yang dimasukkan ke dalam telinga yang akan membersihkan terus wax dalam telinga. Proses ini tidak menyakitkan langsung.
0 comments:
Post a Comment