#SILAT adalah warisan pertahanan diri yang mewakili bangsa #Melayu sejak sekian lama.
Selain langkah pencak yang unik dan berseni, sinonim dengan silat adalah persalinan hitam lengkap beserta tanjak persis pendekar dahulu kala.
Maka apabila sekeping gambar didakwa persalinan dipakai peserta #Kejohanan One Silat bertebaran di media sosial, ramai yang terkedu seketika.
Bukannya apa, persalinan untuk kejohanan yang turut disertai jaguh beladiri dari luar negara itu bukan sahaja kontra abis dengan pakaian biasa dipakai pesilat selama ini malah disifatkan sesetengah pihak menyerupai sut #Power Rangers.
Ada yang lebih celupar pula berkata, kalau beginilah pakaiannya maka ia seolah-olah pertandingan menunjuk “aset” siapa lebih besar berbanding mempamerkan skil silat.
Tak kurang juga, mengecam pakaian ini terlalu g@yish dan #K-Pop.
Kami juga rasa persalinan ini lebih sesuai untuk atlet gimrama berbanding pesilat.. betul tak? – MYNEWSHUB.
0 comments:
Post a Comment