INFORMASI TERKINI

Monday, 25 May 2015

(Wajib Tahu) 10 Jenis SOLAT yang TIDAK Diterima ALLAH


#Rasulullah S.A.W bersabda: “Islam dibangun di atas lima hal; bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat….” (HR Bukhari dan Muslim).


Seorang Muslim tentu sudah faham dan hadham bahawa solat merupakan tiang agama. Seperti dalam hadith baginda S.A.W, “Solat itu tiang agama, barang siapa mendirikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya, barangsiapa meruntuhkan #solat, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.

Oleh sebab itu, ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah #Allah Ta’ala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris rapi di belakang imam untuk mendirikan solat. Mulailah kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allah Ta’ala dan begitu khusyu’ menikmati solat sehinggalah imam mengucapkan salam.

Imam #Hasan al-Bashri rahimahullah pernah mengatakan: “Wahai, anak manusia. Solat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat”.

Dalam kesempatan lain, Rasulullah S.A.W juga bersabda: “Barang siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim).
Kemudian Rasulullah S.A.W juga bersabda bahawa: “10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya:

1. Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Lelaki yang melarikan diri.
5. Lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
6. Perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar.”


Sabda Rasulullah S.A.W, “Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari-NYA.” Saidina Hassan R.A berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Maka marilah kita sama-sama perbaiki solat kita kerana soalan pertama oleh Allah S.W.T di padang mahsyar kelak ialah tentang solat. Solat ini juga boleh menjadikan kita seorang yang berdisiplin dengan mengerjakan solat pada awal waktu dan secara berjemaah. Semoga apa yang penulis kongsikan ini dapat menjadikan kita bukan sahaja seorang muslim tetapi juga seorang mukmin dan muhsin yang mendapat keredhaan disisi-Nya. In shaa Allah…

Sumber : Islampos

0 comments:

Post a Comment