INFORMASI TERKINI

Sunday, 10 May 2015

Kisah sedih seorang Janda anak 4 dibunuh kejam Guru Agama


Usaha seorang bapa untuk mencari anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin berakhir dengan kejadian menyayat hati apabila dia menjumpai wanita itu mati dibunuh di depan sebuah sekolah agama di Kuala Kubu Bharu dekat sini semalam. 

Mangsa yang merupakan seorang janda anak empat, Nur Salina Nazir, 34, ditemui bapanya, Nazir Ramli, 67, kira-kira pukul 9 pagi semalam dalam kea­daan terlentang tidak bernyawa di dalam kereta Proton Wira miliknya dengan kesan tujuh tikaman pada anggota badan.

Menurut abang mangsa, Nor Salizam Nazir, 40, adik bongsunya itu yang membuka perniagaan online dikatakan keluar dengan kekasihnya pada malam kelmarin untuk menghantar barang tempahan kepada pelanggan tetapi dia tidak balik ke rumah selepas itu.

Katanya, selepas gagal menghubungi Salina menerusi telefon bimbit, bapanya bertindak mencari mangsa dengan berjumpa kekasihnya itu yang bekerja sebagai guru agama di sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu.

“Ayah akhirnya jumpa Salina dalam keadaan tidak bernyawa di dalam keretanya sebelum dia pergi membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh semalam.

Menurut anak saudara mangsa, Ainaa Syafiqah Shamsudin, 24, Salina dijangka melangsungkan perkahwinan dengan lelaki bergelar ustaz itu pada 6 Jun depan selepas dua tahun bercerai dengan bekas suaminya.

“Keluarga kami baru sekali bertemu suspek iaitu pada bulan lalu untuk membincangkan hal perkahwinan mereka berdua.

“Persiapan untuk perkahwinan itu sudah hampir siap apabila baju pengantin dan pelamin sudah ditempah. - Kosmo!

Guru agama diberkas :-

Susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa. - BERNAMA

Motif :-

"Soal siasat mendapati suspek yang berusia membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya," katanya.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta masih bujang. Pihak polis masih belum menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, katanya. -MalaysiaKini

Bukti telah ditemui :-

Sebilah pisau memasak bersaiz kecil yang digunakan untuk membunuh seorang janda anak empat di hadapan sebuah sekolah agama di Kuala Kubu Bahru berjaya ditemui pihak polis semalam.

Suspek lelaki bekerja sebagai guru agama dipercayai mencampakkan pisau digunakan untuk menikam mangsa di belukar berhampiran kawasan Sungai Tua Ulu Yam di sini iaitu kira-kira 30 kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Difahamkan pisau itu dijumpai jam 12.30 tengah hari semalam, hasil operasi bersama membabitkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dibantu masyarakat Orang Asli Sungai Tua.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Suparamaniam berkata, alat khas pengesanan logam turut digunakan dalam pencarian senjata itu berikutan keadaan lokasi dipenuhi belukar.

“Lokasi senjata itu dibuang diperoleh berpandukan soal siasat terhadap suspek. Pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kes itu sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

“Penemuan pisau itu dijangka dapat membantu siasatan kes bunuh berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam. - Harian Metro

Sumber : Ontahlalabu

0 comments:

Post a Comment