INFORMASI TERKINI

Thursday, 7 May 2015

mayat wanita dijumpai bersama sekeping nota aneh?


Pilu hati seorang ibu yang menanti kepulangan anaknya sejak Isnin lalu apabila menerima khabar duka, mayat anaknya itu ditemui orang awam dalam belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti, Cyberjaya, petang tadi.
Kematian Rosshida Abdullah, 30, nyata mengejutkan Salamiah Hamid, 61, yang sudah menunggu kepulangan anak bongsunya itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pada hari berkenaan.

Menurut Salamiah, Rosshida sendiri memaklumkan kepadanya supaya menanti kepulangan dia di lapangan terbang itu.
"Arwah minta saya tunggu pada jam 10 malam kerana pesawatnya akan tiba pada jam itu dari Kuala Lumpur.

"Saya ke lapangan terbang dengan menaiki kereta sewa dari rumah, tetapi dia tidak juga kelihatan. Saya tunggu sampai jam 1 pagi sebelum nekad pulang selepas panggilan telefon tidak berjawab," katanya ketika ditemui di rumahnya di Repek, di sini, semalam.
Menurutnya, dia gembira apabila anaknya itu memaklumkan mahu berhenti kerja sebagai juruwang di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor kerana akan berkahwin pada Aidilfitri, malah sudah merancang mengedar kad jemputan perkahwinan apabila pulang nanti.
Katanya, Rosshida dijangka bernikah dengan tunangnya yang tinggal di Berek 12, Kota Bharu pada Aidilfitri ketiga.
"Malangnya, tiada majlis yang akan berlangsung. Saya reda dengan apa yang berlaku," katanya yang hanya mengetahui mayat anaknya ditemui pada 3 petang selepas dimaklumkan seorang saudara terdekat.
Sementara itu, di Cyberjaya, sumber berkata, turut ditemui bersama mayat Rosshida adalah sekeping nota serta beg tangan berwarna putih.

Nota itu antara lain mengandungi luahan hati dan masalah yang dihadapi termasuk tertekan kerana diburu along selain meminta maaf.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. - HM


 

As Salam Ydh Dato' / Tuan

Updates siasatan jumpa mayat 1PM dibelukar bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti sptimana Cyberjaya Rpt 1390/15, Sek 302KK,
IO:Asp Wan Azirul Nizam.

Butiran simati;
Nama: Rosshida Bt Andullah
Kpt: 850309-03-5668 / 30Thn
Alt: 262 Jln syed Agil Kg Repek 17070 Pasir Mas Kelantan.

Siasatan lanjut;
- Siasatan lanjut tempat kejadian telah dibantu oleh PTD10 Ipk slgr yg diketuai oleh Asp Ali bersama pasukan dan IO. Turut berada di tpt kjdn PTD9 Slgr dan Kbsjd Spg.

- Mayat dijumpai didalam belukar dibawah jambatan di KM 37.5 Jln ke Garden residen cyberjaya/ Puchong. Kedudukan mayat adalah l/kurang 60 meter dari jalan besar (highway LDP).

- Mayat dijumpai dlm keadaan tertiarap lengkap berpakaian serba hitam, pakai coli dan berseluar dalam kawasan semak. Mangsa pakai cincin dijari hantu ditangan kiri.

- Pemeriksaan tubuh badan dapati tiada apa-apa kecederaan.Tiada kesan darah. Pemeriksaan lanjut dapati patah leher dan patah bahu kiri.

- Barang yg dijumpai ditempat kejadian ialah;
- (1) telifon bimbit simati
- (1) baju merah jambu.
- (1) topi warna gelap.
-(1) baju warna merah
-(1) handbag warna cokalat/putih mengandungi alat solek/ tuala wanita/sikat dan surat/ Nota bunuh diri.

- Jarak ketinggian jambatan dengan tempat mayat dijumpai ialah l/kurang 14 meter.

Siasatan lanjut;
- Sepasukan ang Jsj diketuai oleh Kbsjd Spg telah tahan 1LM yg kenalkan diri sebagai tunang pada simati. Butiran peribadi;

Nama: Amal Adil Bin Alias (B1)
Kpt: 890112-03-5927/ 26 Thn
Pekerjaan: Kerja sendiri
Alamat: Lot 1657 F lorong cik siti, jln hospital, paya bemban, 15200 kota bharu, kelantan.

- Hasil soalsiasat (B1) mengaku telah campakkan mangsa dari jambatan di Cyberjaya. Beberapa barang kepunyaan simati turut dirampas bersama2 (B1). 
- Siasatan lanjut sedang dijalankan utk mengenalpasti motif sebenar simati dibunuh.

- Kes telah diklasifikasi sbg bunuh 302 KK, IO kes ASP Azirul. (B1) akan direman esok dimahkamah Majistret Sepang dan postmortem dijadualkan jam 0900 hrs pada hari yg sama.

- Sekian untuk makluman Ydh Dato'/ Tuan. Perkembangan lanjut akan diupdate kelak. Sekian Terima kasih.

sumber report polis  ni


0 comments:

Post a Comment