INFORMASI TERKINI

Friday, 18 December 2015

ANDA PASTI MENITIS AIR MATA BILA MEMBACA KISAH INI!!! PERMINTAAN TERAKHIR DARI SEORANG BANDUAN



Seorang ‘banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada ibu kandungnya.
Surat itu berbunyi…
IBU...,
Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.
INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.
IBU…
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).
TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….
Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.
Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.
Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)
***********************************************
PELAJARAN BUAT IBUBAPA
Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata.
Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan sudah terlambat.... "Rebung sudah menjadi buluh".
Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.
Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja. Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk turut 'membaiayai' dirinya. Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.
Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri untuk ikut mencuri. Mungkin dia 'terpaksa' kerana itu sahaja punca nafkah buat mereka.
Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.
Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.
Semuga kisah pendek ini ada motivasinya buat ibubapa di pagi Jumaat yang mulia ini.

Sumber Asal



0 comments:

Post a Comment