INFORMASI TERKINI

Tuesday, 15 December 2015

JAWAPAN INI PASTI MENGEJUTKAN UMAT ISLAM "KENAPA ALLAH SWT PILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL?"



                                            (GAMBAR HIASAN SAHAJA)



Assalamualaikum Semua... 

Saya ringkaskan isi kuliah maghrib yang suami dengar dan disampaikan kepada saya.
Begini kisahnya.....Apabila hari kiamat hampir tiba nanti Allah akan turunkan Nabi Isa untuk menghancurkan Dajjal...Kenapa Allah memilih Nabi Isa..? 

Ustaz kata, Nabi Isa diturunkan untuk baginda membersihkan namanya, berkaitan peristiwa baginda disalib... Selain itu, sewaktu peristiwa Israk Mikraj baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW...

Oleh kerana mengetahui kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad maka baginda berdoa dan bermohon kepada Allah supaya diperkenankan untuk menjadi sebahagian umat Muhammad..

Maka doa Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan..Sebab itu baginda diturunkan apabila hampir kiamat nanti...Seperti yang diketahui, ketika Nabi Isa diangkat ke langit dahulu, baginda masih bujang dan belum berkahwin.Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal laknatullah dikatakan baginda akan memerintah di dunia ini sehingga 40 tahun..dan baginda juga akan Allah temukan jodoh, diberi peluang berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.

Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan..Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab...Begitu kisahnya..

Kenapa Allah pilih Nabi Isa bangsa Isra3l bukan Nabi Muhamad bangsa Arab.

0 comments:

Post a Comment