INFORMASI TERKINI

Friday, 18 December 2015

Nak dilawan, orang tua dah lama makan garam dulu...hakikatnya 4 sebab bayi tidak boleh diberi air masak..sungguh tak disangka sebab ketiga beri impak yang teruk seumur hidup.



#Bahaya Air Masak Pada Bayi Bawah 6 Bulan
Hari ini saya nak berkongsi 4 sebab kenapa bayi berumur dibawah 6 bulan perlu dielakkan dari diberikan air kosong. 


Jika di ikutkan, ramai juga #orang-orang tua yang bising terutama kepada ibu-ibu muda yang enggan memberikan air kosong kepada bayi mereka. Nak dilawan, orang tua dah lama makan garam dulu..hehe..


Saya juga salah seorang ibu yang agak tegas #dengan pemberian air masak sebelum Damia 6 bulan..big No NO !

Punca kenapa air kosong perlu dielakkan dari diberi kepada bayi dibawah umur 6 bulan :

1. Risiko jangkitan kuman jika air #yang diberikan adalah tidak bersih.

2. Memberi bayi minum air kosong boleh meningkatkan risiko kegagalan penyusuan susu ibu kerana bayi tidak lagi dahaga. #Perlu di ingat bahawa pengeluaran susu ibu bergantung kepada permintaan dimana semakin kerap bayi menyusu, semakin kerap ransangan untuk pengeluaran susu ibu.

3. Bagi bayi #yang berumur dibawah 5 minggu, pemberian air kosong yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, seterusnya mengakibatkan suhu badan bayi menjadi rendah dan terjadinya sawan tarik.

4. Susu ibu menghasilkan salutan perlindungan penyakit dalam sistem penghadaman bayi. Pengambilan air akan menghakis #salutan ini.Seperti yang sering dinasihatkan oleh doktor dan pakar kanak-kanak, makanan terbaik untuk bayi berumur dibawah 6 bulan adalah susu ibu. Makanan dan minuman selain dari susu ibu hanya digalakkan untuk diperkenalkan kepada bayi apabila bayi telah melepasi usia 6 bulan.


Kalau lepas ni ada emak atau emak mertua atau mana-mana orang yang bising-bising suruh bagi minum air kosong, cara paling mudah pandai-pandai lah mengelat cakap “dah bagi dah tadi”. Bukan saya nak ajar korang menipu, tapi untuk kebaikan semua . Kalau menjawab lebih kang ..kecil hati pulak.





Kalau Tak Beri Air Masak Bayi Akan Terkena Kerak atau Kulat Susu?


Ibu ibu perlu faham .Kulat susu di lidah jarang dijangkiti .Jika bayi anda mempunyai beberapa bintik-bintik putih, atau lapisan, diatas lidah, langit-langit mulut mereka, dan di bahagian dalam pipi mereka, kemungkinan ianya adalah ‘thrush’. Ianya adalah jangkitan kulat yang sering muncul pada bayi. Ianya tidak sakit, tetapi pada kes yang teruk, ia boleh mengganggu bayi ketika mereka sedang menyusu atau makan.

Sepanjang #saya consult dgn Paed & pakar lactation. BAYI 6BULAN KE BAWAH, FULLY BREASTFEED, JANGAN BERI AIR MASAK KERANA BOLEH MENYEBABKAN ANAK RADANG PARU2 & KEMBUNG PERUT TERUTAMANYA. Susu Yang mula mula terpancut dari  badan ibu, jernih sahaja berupa air yg akan hilangkan dahaga bayi, makin lama bayi hisap, susu badan kita jdi pekat.. Itu yg mengenyangkan baby... So, untuk apa bagi minum air masak lagi? Dah cukup semuanya

Candidiasis a.k.a kulat dalam mulut ni, selalunya disebabkan bayi susu formula yg hisap botol yg Kotor, ataupun terdedah. Sistem imun bayi kan masih lemah. Ataupun, bayi hisap puting yg terdedah. Jadi,  ibu yang bagi susu formula, susu pon #jangan buat pekat2 utk bayi yg umur bawah 6m untuk mengelakkan sembelit.


Meminimuman Risiko Kulat Susu

Disini anda harus faham, jika anak anda menyusu badan sepenuhnya, TAK PERLU pemberian air masak. TETAPI jika bayi anda #diberikan susu formula sebaiknya bersihkan langit bayi dengan lampin yg bersin setiap kali selepas menyusu atau jika nak gak cuba beri air lain selain susu ibu apa kata kita mulakan dgn Air Zam zam penawar segala penyakit kan. Beri dalam kuantiti yang sedikit , satu sudu kecil setiap kali selepas menyusu


Jika anda dapati sukar untuk menhilangkan lapisan keputihan tersebut, berbincanglah dengan doktor anda. Jika anda memberi bayi anda susu botol, anda boleh meminimumkan risiko jangkitan dengan memastikan botol susu bayi anda bersih, dan #disterilisasikan didalam air mendidih setiap hari. Dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang meletakkan puting botol bayi anda kedalam mulut mereka, sebelum diberikan kepada bayi anda.

0 comments:

Post a Comment