INFORMASI TERKINI

Tuesday, 29 December 2015

BUNUH Perompak Kerana Pertahankan Diri.. Zulkifli bakal DIGANTUNG MATI? Di Mana Keadilan!!




Zulkifli, 50 tahun dari kg labohan,Kerteh hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli namun zulkifli pula direman bawah seksyen 302. 2 minggu Zulkifli direman kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 15 ribu apabila kes ditukar kepada 304.



Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan tuduhan seksyen 302 dan 326 Kanun keseksaan. 302 jika sabit kesalahan maka digantung sampai mati mandatori.

Tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Kes akan dibicarakan semua di mahkamah yang dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan pada hari ahad.  Jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?


Patutkah ayah kepada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri, keluarga dan harta?

0 comments:

Post a Comment