INFORMASI TERKINI

Tuesday, 1 December 2015

Terlampau Menyayat Hati! Menangis Kami Tadi...Inilah luahan sayu Datuk Siti Nurhaliza setelah kandungan 2 bulannya sah gugur yang korang tak sanggup baca

Melalui perkongsian di laman Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza telah membuka cerita sebenar mengenai kehamilannya. Menurut Siti, kandungannya itu hanya sempat bersamanya untuk dua (2) bulan sahaja sebelum mengalami keguguran.


“Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec… Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct”

“Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut, kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai”

“Ternyata, Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya,”
 memetik luahan hati penyanyi ini di Instagram.


Perkongsian tersebut membuatkan ramai peminat Siti berdoa agar penyanyi kesayangan mereka kuat menghadapi dugaan. Semoga Dato’ Siti Nurhaliza tabah mengharungi dugaan ini kerana sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment