Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu
perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan
aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh
(mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita
dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW
tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya
Al-Quran.
Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu
karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah
satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.
Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian
mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa
ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang
tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini
terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing
adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas
kecil maupun hadas besar.
Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air,
mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang
mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka
keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya
melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah
“Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat
efek negatif dari kencing berdiri.
Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa
air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar
otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur.
Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang
paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.
Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk
menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air
kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan
sekitar otot zakar terpelihara.
Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada
sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia
berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan
bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar
adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar.
Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.
Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik
mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu
ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu
yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab
batu karang.
Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.
Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah
dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak
berhati-hati dalam kencing”.
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:
Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana
dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba,
sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air
kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya
menjadi dua.
Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang
satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu
dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)
0 comments:
Post a Comment