Pedang
yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat
adalah pedang yang dimiliki oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, pembuka
Kota Palestine. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong
dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan
pada matanya.
Kehebatan
pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini
telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur
milik Raja Arthur
Pedang
ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti
CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR.
Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.
Kajian
metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk
menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban
Islam pada kurun ke-12 ini.
Setelah
sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya
pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.
Rupa-rupanya
didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz
nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan
mampu membelah apa saja.
Apa itu CNT?
CNT
merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama
lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter
sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga
berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah
sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Pencirian
yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai
kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat
kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon
nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta
mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Teknologi NANO.
Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12
Kehebatan
Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler
dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut
bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika
itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam
ini sangat tajam tetapi mudah lentur.
Teknologi
NANO ini menggunakan besi baja "Damascus" yang juga dipanggil wootz.
Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi
dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah
bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Teknik
pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga
tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun
ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.
Apa
yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini
tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita
bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.
0 comments:
Post a Comment